Wednesday 16 December 2015

#Setelah Sebulan

Malam ni uncle menunggu kunjungan bakal-bakal penyewa untuk view bilik2 yang uncle buat sewa. Setakat ni hanya tinggal 3 katil kosong sahaja. Itu pun dekat bilik master la. Tapi yang nak duduk sini 4 orang. Maybe, ni masalah kecil buat uncle untuk diselesaikan. Dalam masa yang sama seorang penyewa bilik medium pun nak keluar dah hujung bulan ni. Jadi salah seorang dari mereka yang 4 orang tadi harus sabar dan inisiatifnya. Boleh tidur kat bilik uncle. Bila penyewa bilik medium tu keluar je. Boleh la masuk bilik tersebut.

Friday 4 December 2015

‪#‎Mana Bakal Penyewa‬??

Dimanakah kamu wahai bakal2 penyewa. Apakah kau hanya sudi melihat iklan bilik sewa uncle di website sahaja. Mengapakah kamu tidak mengambil telefon mudah alih kamu untuk menghubungi uncle lantas meminta untuk menyewa bilik/rumah uncle yang ala2 homestay. Segalanya sudah uncle sediakan, seperti sofa,tv,aircond,mesin basuh,peti sejuk,dapur memasak,katil,tilam dan almari. Oleh itu, hanya cuci tapak kaki sahaja untuk masuk ke rumah sewa uncle. Jangan kerana dek sewa RM240 sekepala dikatakan mahal. Itulah KL KL KL.