Monday 30 November 2015

#Lumrah Sublet

Beriya-iya la penyewa bagitahu uncle nak masuk rumah. Elok pulak dia batalkan saat-saat akhir. Aiseymen. So, uncle dah agak perkara-perkara macam ni boleh berlaku. Kecewa tak payah cakap la. Tapi adat la meniaga. Ada naik ada turun. Bila la saat nak naik tu. Haduh...

Sunday 29 November 2015

‪#‎Impian Sublet Ketiga‬

Hasil perbualan uncle dengan rakan lama uncle sewaktu Polisas 3 tahun lepas selama 2 jam setengah mungkin bakal membuka pintu rezeki buat uncle dalam arena 360 sublet. Haha. Beliau selaku owner muda dah mampu ada rumah sendiri tapi tak mampu mengutip sewa selama 2 bulan dengan penyewanya sendiri atas sebab orang sekampung katanya. Bhai ingat owner takde komitmen bulan2 dengan bank. So uncle berpewatakan seperti seorang superhero malam ni menawarkan diri untuk ambil alih tugas ni dalam masa yang sama menyelesaikan masalah owner.
Jadi kawasan ni memang power. Viewing saja dalam website ibilik dekat 633 views. Mau tak power. Rumah kawan uncle ni pulak fully tiles (rumah baru) dah ada dapur, peti sejuk dan mesin basuh. Apa lagi nak bhai. Tinggal masuk katil n tilam almari dan barang2 lain sikit sudahlah. Satu saje yang x best, dalam bilik takde kipas. Dan itu bisa diurus. Apa2 pon tunggu confirmation dulu.
sahabatku Muhamad Mustain
cikgu sublet aku Mukaram M Jamin

#Kutip Sewa

2 hari lagi bermula la karekter terbaru uncle iaitu mengutip sewa rumah. Nak ke tak nak uncle tetap kena kutip. Setakat sebulan yang uncle buat sublet bilik sewa ni, Uncle tak de la untung banyak. Betul2 lepas bayar sewa rumah dan utilities jew. Mana tak nye, duduk bertiga kan lagi. In shaa Allah akan bertambah penyewa pada esok hari.

#unitxpenuhbikinsakitkepala
#misitahunninaktambahsubletdekatamarakondo